klik klik klik

Sunday, January 2, 2011

Permulaan yang Muram

Kedatangan tahun baru 2011 disambut muram...malah tiada sambutan langsung dan saya langsung tidak ingat bahawa tahun sudah pun bertukar ganti...2010 --> 2011
Ini adalah kerana pada 30 Disember yang lalu, anak ke-7 saya, Zubair berumur 11 tahun, telah kemalangan setelah dilanggar kereta semasa sedang bermain basikal di taman perumahan. 

Status anak saya sekarang dia masih di wad neurosurgeri di Hospital Sg Buloh di bawah observation doc. Terdapat 3 luka yang besar di kepala sebelah kanan, semua telah dijahit. CT Scan juga telah dibuat, doc kata ada kelihatan sedikit blood clot tetapi kecil, doktor akan monitor lagi.  Jika tiada perubahan doc tidak akan buat apa-apa ...let it be sebab doc kata kanak2 selalu cepat sembuh sendiri ... harap tiada apa-apa... tapi anak masih macam mamai-mamai lagi, ... bila panggil dia adalah buka mata tapi masih belum respond sepenuhnya

oh ya...lupa nak cakap, Alhamdulillah sebab tiada apa-apa yang patah dan tiada fracture di kepala...Harapan saya agar rakan sekelian dapat mendoakan agar tiada internal bleeding yang serius... doakan agar sembuh seperti sediakala... Terimakasih semua...

19 comments:

  1. semoga anak cepat sembuh..insyaallah..

    ReplyDelete
  2. Kami doakan moga akak sekeluarga tabah dengan dugaan ini dan Zubir akan kembali sihat seperti dahulu... InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. entah kenapa airmata ain bergenang membaca n3 ni. Ain memang sensitif kalau bab anak-anak ni. Ain doakan zubir cepat sembuh dan boleh ke sekolah semula. Ain juga doakan akak sekaluarga sentiasa tabah menghadapi dugaan.Slmt tahun baru yer..

    ReplyDelete
  4. semoga kak lebih tabah....insyallah tiada apa yg tidak molek......semoga semuanya lancar.....

    ReplyDelete
  5. semoga kak lebih tabah....insyallah tiada apa yg tidak molek......semoga semuanya lancar.....

    ReplyDelete
  6. salam kak azzah..
    banyakkan bersabar yer akak..moga Allah melindungi zubair & moga cepat2 sembuh..

    ReplyDelete
  7. azzah..semoga anal azzah cepat sembuh..jgn sedih tuhan tetap bersama kita yg sentiasa berdoa

    ReplyDelete
  8. salam kak azzah,
    harap anak akak cepat sembuh,sihat mcm sediakala.

    ReplyDelete
  9. salam. Saya doakan semoga anak segera sembuh dan kembali ceria bersama keluarga.

    ReplyDelete
  10. salam k.azah..Ct doakan anak k.azah segera sembuh spt sediakala..bykkan bersabar kak..

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Azzah

    Semoga anak akak cepat sembuh...banyak2 bersabar ya...Insyaallah, Zubair akan sihat seperti sediakala...

    ReplyDelete
  12. salam Azzah..semoga sabar menghadapi ujian Allah..Doa saya Zubair akan kembali sihat dan pulih sediakala.

    ReplyDelete
  13. Kak Azah,

    Doa saya semoga cepat sembuh seperti sediakala...amin

    ReplyDelete
  14. salam ziarah blog Azzah...bersabar atas dugaan dan cabaran, semoga keluarga Azzah dilindungi Allah SWT jua

    ReplyDelete
  15. Salam kak azzah,
    sabar ya segala sesuatu berlaku ada hikmahnya walaupun perit untuk kita lalui. Semoga k azzah tabah dan doa aida semoga anak cepat sembuh. taksampai hati nak baca pasal entri budak2 sekolah kemalangan ni..sebak didada yang lebihnya..sabar ye

    ReplyDelete
  16. salam azzah, baru terbaca berita ni..harap azah banyakkan bersabar..N shariff harapkan anak azzah tiada masallah..cepat sembuh ya..(shariff pun pernah merasai perkara sedemikian ia-itu along..waktu umurnya 12 tahun..jatuh motor dimasukkan ICU..berkat doa & kesabaran,alhamdulillah along cepat sembuh)

    ReplyDelete
  17. salaam kak azzah, mudah2an your son cepat sembuh..insyallah..

    ReplyDelete
  18. saya doakan anak puan cepat sembuh seperti sediakala...
    hati ibu mana tidak sedih bila kemalangan menimpa anak2nya...sabar.. ini dugaan tuhan... lepas ni kena lebih berhati2 lagi... malang tidak berbau...hmm teringat anak2 kat rumah...

    ReplyDelete