klik klik klik

Tuesday, April 6, 2010

Essay Writing Contest@Tureen Contest

 

Pertama kali melihat entry yang post oleh Yatt mengenai Essay Writing Contest @ Tureen Contest beberapa minggu yang lepas, hati saya meronta-ronta ingin menyertainya tetapi sendiri meragui kemampuan diri kerana menyedari kekurangan diri dalam ilmu pengetahuan pinggan mangkuk antik ini...
Hari demi hari berlalu sehinggalah tinggal beberapa sahaja lagi sebelum tarikh akhir pertandingan ini akan ditutup, lalu saya membuat keputusan untuk mencuba nasib menyertainya. Bukanlah semata-mata niat untuk menang tetapi untuk memberi sokongan padu kepada penganjurnya iaitu saudari Yatt, bersama co-organizers Taj Iskandar dan Mona. Penyertaan saya lebih kepada untuk memeriahkan suasana dan menghargai segala tenaga dan masa yang Yatt peruntukkan untuk menganjurkan pertandingan ini.
Apatah lagi menyedari "Luck is not alwiz on my side", selalunya saya TIDAK PERNAH menang sebarang contest atau GA yang dianjurkan oleh rakan-rakan bloggers, baik di kalangan bloggers antik ataupun blog personal saya yang lain.

Namun pagi ini seperti biasa sebelum memulakan kerja, saya akan bloghopping blog-blog antik terlebih dahulu... bila membaca blog Yatt Precious ..... memang terkejut sangat membaca keputusan pertandingan tersebut...
Ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran Alhamdulillah ke Hadrat Allat SWT
di atas rezeki yang tidak disangka ini..Terimakasih kepada penaja hadiah Mona dari UK.
Saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Chemp yang memenangi kategori Oriental dan Rohas yang memenangi Hadiah Misteri.


Terimakasih jua saya ucapkan kepada Kak Gee dari My Little Persona  kerana telah menghantar sms pagi tadi mengucapkan tahniah dan juga membuat special entry untuk pemenang.


ok...sebelum saya postkan esei yang dihantar menyertai pertandingan, mohon maaf kepada semua pembaca kerana pada pandangan saya esei saya ini sangat simple dan mudah. Saya cuma pastikan saya mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.  Alhamdulillah kerana saya baharu sahaja habis menulis thesis kajian saya, oleh itu saya memastikan format penulisan dipatuhi. Contohnya, saya bukanlah arif dalam bab tureen ini, oleh itu apabila saya membuat kajian melalui internet  saya akan pastikan setiap rujukan diberi kredit dalam penulisan dengan mencatatkan sumber rujukan tersebut. Itu adalah etiquette penulisan, jika tidak penulisan kita dianggap sebagai plagarism.

ok... terimalah esei saya yang tidak seberapa ini.......

*********************************************************************
Tureen Idaman Ku

  Pengenalan

    Sebelum menceburkan diri dalam bidang pinggan mangkuk lama dan antik ini, diriku tidak mengenali langsung apakah yang dipanggil ”tureen” ini. Mengikut terminologi orang biasa, ia dipanggil mangkuk sup sahaja. Kamus  atas-talian Merriam-Webster mendefinasikan ia sebagai mangkuk besar yang dalam dan mempunyai penutup yang digunakan khas untuk menghidang sup atau ‘stew’ [1].
    Setelah beberapa bulan berjinak-jinak mengenali bidang antik ini, saya hanya mempunyai tiga buah tureen vintage hasil belian dari rakan yang telah lama berkecimpung dalam bidang pinggan mangkuk antik ini. Namun begitu, setelah melakukan sedikit penyelidikan dan kajian, saya sangat mengidamkan tureen jenama Spode Blue Italian seperti berikut, namun mustahil saya dapat memilikinya kerana harganya yang sangat tinggi.

Sejarah Spode
Syarikat Portmeirion Group telah membeli syarikat Spode pada tahun 2009 [2]. Syarikat Spode telah mempunyai sejarah lebih daripada 200 tahun. Ia diasaskan oleh Josiah Spode I (1733-1797) pada tahun 1770 di Stoke-on-Trent, UK [3]. Rekabentuk Signature Blues adalah adalah hasil maklum-balas permintaan yang tinggi kepada poselin China dari Canton yang semakin sukar didapati pada penghujung 1770an [3]. 

Spode Blue Italian
Koleksi menarik lanskap biru putih oleh Spode mula dilancarkan pada tahun 1816 [4]. Ia terus dihasilkan sehingga sekarang dan masih menjadi “best seller”.

 
Rajah 1: 3.4L Tureen dan Senduk Blue Italian [3]

Corak Blue Italian yang sangat halus dan terperinci pada tureen kurun ke-18 ini (rujuk Rajah 1) menggambarkan suatu pemandangan yang diilhamkan dari sebuah kawasan perkampungan Itali dengan linkaran “border” Oriental Imari pada penutup tureen.

 
Rajah 2: Blue Spode Tureen & mangkuk alas

Rajah 2 menggabungkan mangkuk tureen dan alas. Corak pada alas tureen menunjukkan gabungan corak pada tangkai tureen dan corak lingkaran Oriental Imari pada penutup tureen. Corak pada lingkaran “border” adalah sama seperti corak pinggan mangkuk yang diimpot dari China pada pertengahan 1800an. Corak pada penutup tureen pula menggambarkan runtuhan Great Bath di Tivoli, berdekatan Rome, dan istana di Piedmont dan Lombardy, Itali. Tangkai nya pula diliputi corak berbunga yang dipanggil “sheet pattern”, sempena corak pada lingkaran di penutupnya [4].

Kesimpulan
Bagi pengumpul pinggan mangkuk antik tegar,  koleksi mereka dianggap tidak lengkap tanpa tureen.  Begitu juga hidangan di meja makan dirasakan kekurangan jika tidak disertakan hidangan makanan yang enak dan lazat di dalam mangkuk tureen.

Rujukan
[1]        Merriam-Webster Online Dictionary.
             URL: http://www.merriam-webster.com/dictionary/tureen [24 Mac 2010]

[2]        Portmeirion. URL: http://www.portmeirion.co.uk/ [24 Mac 2010]

[3]        Spode. URL: http://www.spode.co.uk/shop/ [25 Mac 2010]

[4]        Country Living Antiques, What to Collect. URL:http://www.countryliving.com/antiques/what-to-collect/collecting-spode-china-0107[28 Mac 2010]

16 comments:

  1. salam auntie...
    baru je selesai baca esei auntie....
    mmg bagus dan padat....mmg layak auntie menang...tahniah ye auntie...

    ReplyDelete
  2. salam kazzah, tkasih kerana menyertai dan memberikan sokongan dalam acara persatuan kita ini, juga tahniah dari saya. Insyaallah jika ada pertandingan lain2 yg akan dianjurkan oleh bloggers2 yg lain,hrp kita semua dapat memberikan kerjasama.
    Tkasih, mona

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    wahhhhhhhhh bagusnya esei akak..padat dan very informative...
    tahniah kak...

    ReplyDelete
  4. salam k azah,
    u mmg deserved to win...essei ni bagus sgt, padat dgn informasi. x sia2 penat lelah buat rujukan ya...
    tahniah & syabas kak...:))

    ReplyDelete
  5. 7:40 pm 5/4/10
    salam kak..congratulation kak..:-)

    Chemp

    ReplyDelete
  6. 10:39 am 6/4/10
    ajmahs "akk walaupun aj x sempat nk follow sbb masa x mengizinkan tuk aj join contact ni. Anyway congrats akk"

    ReplyDelete
  7. 12:15 pm 6/4/10
    SHAS "tahniah kak,wpun sempoi,tapi ada unsur ilmiah"

    ReplyDelete
  8. 1:15 pm 6/4/10
    k.yah "salam azzah,tahniah ye menjadi pemenag contest Tureen"

    ReplyDelete
  9. 1:50 pm 6/4/10
    kak tun "salam..congrats yea...xsia2 mengarang..hehe"

    ReplyDelete
  10. 1:54 pm 6/4/10
    kshima "k azahh ...tahniah...mesti canggih tulisan.. ;)"

    ReplyDelete
  11. salam kak azzah..
    tahniah ye akak..saya link n3 akak ye..thanks atas masa & kesudian akak join contest nie..syabasss sis!!

    ReplyDelete
  12. 7:45 am 7/4/10
    kak azah "salam azzah, tahniah menang esei tu..ok apa esei azzah,memang layak menang, syabas.."

    Kak Azah KK

    ReplyDelete
  13. tahniah kak azzah...bukan senang nak menang tu...

    ReplyDelete
  14. 4:27 pm 7/4/10
    MrsNor "salam azzah.Tahniah menang contest tu."

    ReplyDelete
  15. 6:27 pm 7/4/10
    Welly "Salam K.azah....tahniah yer kak....tak sangka..k.azah ada ilham untuk kkarangan ini....saya suka sekali bacanya...sekali lagi tahniah yer kak....."

    ReplyDelete
  16. salam kak azah, congratss kak !..good essay :-)

    ReplyDelete