klik klik klik

Monday, June 20, 2011

EG PML 2011


TEMA: CAWAN

KONSEP:  MADE IN CHINA
 LAIN-LAIN : TERPULANG KEPADA PASANGAN MASING-MASING

TEMPOH MASA : SEHINGGA 2 JUN 2011  di lanjutkan sehingga akhir Jun 2011

Alhamdulillah EG PML 2011 telah selamat di jalankan...seramai 19 orang (20 bilangan peserta sebenar) telah mengambil bahagian dalam EG ini. JUTAAN  TERIMAKASIH saya ucapkan kepada semua yang menyertainya. Bagi yang lain yang tidak berpeluang menyertainya...InsyaAllah jika diizinkan di masa akan datang boleh dianjurkan lagi...


Mari kita lihat apa yang rakan-rakan kita dapat sebagai EG (Exchange Gift - Pertukaran Hadiah) ... cuma ada beberapa orang perserta masih belum lagi dapat menyerahkan hadiah masing-masing kerana kesibukan tugas masing-masing.  Tak apa ...kita beri peluang kpd mereka..InsyaAllah nanti kemudian saya akan update lagi entri


Ok.....


1) MrsNor  beri hadiah kepada  Wann-Lemari cantique (done)
2 set cawan oleh MrsNor kepada Wann-LC...cantikkan...

2) Azzah8 beri hadiah kepada  Kak Aton (done)
 
2 set cawan bermotifkan sejambak bunga ros seperti ros liar..
Pink yang sangat lembut warnanya...ini Jepun mari....
(sorry lari sikit dari tema EG, tapi partner suka...on saja lah kan...)
Kak Aton dah buat entry pun di blog Kak Aton mengenai pemberian hadiah EG ini...boleh baca di sini.

3) Ellyna beri hadiah kepada Azzah8 (done)

 Saya pula mendapat hadiah EG dari Ellyna dari Ipoh, Perak...
memang terkejut sangat semasa terima parcel ni...tak sangka akan menerima bukan 1 set atau 2 set, tetapi 6 set cawan + 1 xtra cawan sekali gus!!!!!!Terimakasih Ell......(lain kali boleh jadi partner Ell lagi)

4) Taj - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada Kak Azah KK
-update: 4hb Ogos 2011
Alhamdulillah. akhirnya Kak Azah KK telah selamat menerima hadiah EG daripada otai yang tidak asing lagi di dunia PML..siapa lagi jika bukan otai Taj..!!!
Nak tahu apa yang Kak Azah KK dapat? huhu...nak cakap kat sini..saya pun jeles jugak! hahaha..sebab bukan saja Kak Azah dapt "sepasang" cawan...tetapi lebih dari 1 set cawan! Ha...ambik kau!! ...memang bertuah sesiapa yang dapat jadi partner Taj ni...rezeki Kak Azah ...
ok..mari kita lihat EG dari Taj kepada Kak Azah..
 1 set cawan dan teko dari Japan... ada cerita di sebalik set ini.. nak tahu?
gi baca sendiri lah kat blog Kak Azah ..hehehe
 ada lagi? ...5 roses idaman ramai....
lagi? hurm..tak tau bunga apa? kena tanya Taj ni...tapi ada motif rama2 kat bunga tu...

5) Pak Lang - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada Jariah Daud (done)

 
6) Saidah Samadi - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada  Nita  (done)
 Sepasang cawan bentuk A Sakura yang sangat cantik....
7) Kak Aton (blogger) beri hadiah kepada Cikgu CT - Meru (done)


8) Rina Casarina (Blogger&FBian)   beri hadiah kepada MrsNor (done)


Mengikut cerita MrsNor .. hadiah EG yang RIna pos telah tersilap hantar oleh Pejabat Post..jauh berjalan ... dari Melaka ke Parit buntar, patah balik ke Melaka dan akhirnya baru lah sampai ke Kota Bahru.
Nak tengok apa dia? Ni lah dia..piring dan mug bunga Lalang yang cun....

9) Cikgu CT - Meru (Blogger&FBian)  beri hadiah kepada  Ellyna(FBian)

10) Rusni Mustapha - (Fbian)  beri hadiah kepada Saidah Samadi(done)

11) Jariah Daud  beri hadiah kepada Nyna
Wahhh..nampak cantik dan lembut bunga biru di cawan pemberian Kak Jariah kepada Nyna kan....
Nyna siap dah bancuh kopi dan minum guna cawan tu! Tahniah...Nyna@Bini Antik...

12) Ami@Hidawati (blogger)  beri hadiah kepada Yatt Precious (done)
 Ini pula hadiah dari Hidawati Chenta Antiq atau lebih dikenali sebagai Idamin kepada Yatt. Walaupu dah lari dari tema Made In China..tapi asalkan partner puas hati dan setuju ..ok jek....apataknya kan Idamin? Otai Yatt kita ni cakaplah apa saja cawan bunga apa pun semua dia dah ada...huhu...

13) CikJahFLowers (blogger & FBians)  beri hadiah kepada  Mr Tan Yee Chuan (FBian) done
Ini pula hadiah yang Mr Tan terima dari CikJah FLowers.... sepasang cawan Bunga Kangkung ...cantik berkilat-kilat lagik...

14) Wann-Lemari cantique beri hadiah kepada   Pak Lang (done)
 
15) Mr Tan Yee Chuan (FBian)  beri hadiah kepada Rusni Mustapha - (Fbian)done

16) Yatt Precious beri hadiah kepada CikJahFLowers (done)
 4 Cawan bujang yang sama bunga dgn teko kotak CikJah, bukan itu sahaja....gambar sebelah kanan pula menunjukkan set2 cawan tambahan yang CikJah dapat dari Yatt .. Apo nak dikato? sudah rezeki terpijak CikJah...hehehe...(klik sini utk n3 di blog Yatt)

17) Nyna - Bini Antik beri hadiah kepada Taj -
 
18) Nita beri hadiah kepada Ami@Hidawati (done)
 
19) Kak Azah KK beri hadiah kepada Rina Casarina done
 Wahhhh...ini bak kata Cik Mat Gebu..."dah derhaka ni!" hehehe..bukan apa ...mmg lari terus dari Tema yang ditetapkan ... tapi konsep masih sama iaitu Made in China...tapi seperti yang saya cakapkan kat atas tadi..semuanya terpulang kepada pasangan masing-masing..jika sesama partner setuju dan puas hati serta tak kisah... apa saja boleh..asalkan PML!!! 

TAHNIAH SEMUA PESERTA EG PML 2011!!!! Akhirnya semoga objektif tercapai iaitu EG ini hanya lah untuk mengeratkan lagi persahabatan dan ikatan silaturaahim sesama ahli PML ....
Saya ingin mengambil kesempatan ini meyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya di sepanjang penganjuran EG PML 2011 ini terdapat salah dan silap dari segi perlakuan dan perkataan atau tutur kata yang menyinggung perasaan peserta semua...sesungguhnya semua salah dan silap itu adalah dari diri saya sendiri.

SEKIAN...SEHINGGA BERJUMPA LAGI DI EG BERIKUTNYA....
!!!

1 comment:

  1. Salam Kak Azzah...
    thanks bagi peluang joing EG kali ni..seronok dan excited nak bertukar2 hadiah. Alhamdulillah dah selesai, semua pihak pun gembira dan paling penting matlamat menyambung tali persaudaraan dgn kawan2 baru tercapai..:)

    ReplyDelete