klik klik klik

Sunday, February 14, 2010

Bunga Padi (Bhgn 4)

Salam Ahad semua... Gong Xi Fa Chai... bagi bloggers dan juga apeks, nyonya, amoy.....semoga tahun Harimau ini membawa erti yg bermakna bagi semua kaum Tionghua...

Hari ini kembali lagi dengan Bunga Padi..hurrmmmm..... ingatkan dah habis .... rupa2 nya ada lagi...
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terimakasih kpd CMG kita yang sanggup membuat n3 khas untuk saya mengenai cawan maharani bunga padi (boleh baca di sini ), dan juga hari ini bila masuk blog Kak Gee My Little Persona, juga menayangkan cawan bunga padi berbentuk maharani yang sangat cun cutting bodynya dan bibir mulutnya yang berlekuk lekuk itu...

Namun begitu rezeki semua Allah yang tentukan...kita tidak dapat menjangkakan... sehari selepas CMG membuat n3 cawan bunga padi berbentuk maharani, saya 'tersesat' ke blog Aida...towkey baru pinggan mangkuk lama ini... rasa-rasanya suatu masa dahulu sudah pernah melawat dan lihat, tapi tak perasan bahawa itu adalah cawan bentuk maharani... lalu sms kuhantar, bertanyakan cawan tersebut. Masih belum dipinang orang..dan meminta kepastian dari Aida betul tak mulut cawan itu berlekuk-lekuk..... lalu Aida pun mengiyakan... apalagi teruslah hantar rombongan meminang.. hehehe...
Lalu hari Jumaat lepas, semasa geder2 di rumah Nannie di Puchong, sempena menyambut kedatangan Chah Teratak Puteri dari Terengganu... taukey besar ni... maklumlah di Terengganu mana ada orang lain berjual kat internet selain dia kan... betul tak Chah?... Aida pun datang sebentar memberi cawan tersebut... Aida tak dapat join kami geder2 kerana hendak cepat katanya... bonda dia ada menunggu dalam kereta dan mereka hendak ke tempat lain pula...
 
Dan sekarang 4 set cawan bunga padi bentuk maharani itu sudah selamat bersatu dengan ibunya yang tinggi lampai berpinggang ramping bersama kakaknya creamer cun juga bermulut berlekuk-lekuk seperti cawan tersebut...One Happy Family together...oppss... cuma bekas gula bentuk tinggi lampai ini sahaja yang belum ketemu....
 

 
Sekali lagi maaf kerana kualiti gambar kurang memuaskan...

4 comments:

  1. 9:14 pm 14/2/10
    ah mat gebu "salam kak azzah..tahniah yeaa kak, baru lah ngam kann...hehehe"

    ReplyDelete
  2. 9:25 pm 14/2/10
    PN.N "SALAM KAK. BYKNYA SIRI BUNGA PADI TU,MEH LA CNI SESIRI. MUAHHH,JGN MARE IA KAK"

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    nie kira siri GANDUM VS PADILAH YER..
    mmg very derrrrrrrrrrr cute lah kak..esp si maharani tuh...agaknya camner cawan maharaja yer??nt nak tanya CMG sat..hihihihihi

    ReplyDelete
  4. 10:49 pm 14/2/10
    shas "amboi..menggoda sungguh.dari tak berkenan dah "terkenan""

    ReplyDelete